“Sesak nafas tak ada, batuk kuat ajer, tak dapat tidur dibuatnya,”jelas abang Harun.
Aku
senyum. Paru-paru masih penuh dengan jangkitan. Berair-air. Cuba ambil
sehelai kertas dan konyot. Begitulah bunyi yang keluar dari stetoskop
ini- crepitation. Salur putih nasal prong menyumbat kedua-dua lubang
hidungnya dengan oksigen. Pesakit stabil. Ku mengorak langkah ke pantry.
Haus sangat rasanya. Kering dah tekak ni.
Gulp,
Alhamdulillah! Sedap betul air 100 plus ni. Beli sebelum subuh tadi,
kerja, petang baru sempat minum. Banyak sangat urusan dunia , hal ehwal
merawat manusia yang perlu diuruskan secara jujur dan hati-hati, sampai
makan minum pun dah kucar-kacir.
Kugapai
beg sandang coklatku. Eh, ada newspaper rupanya dalam beg ni ! Tarikh
24 September. Hari ni dah 26. Hmm, tak sempat baca lagi. Simpan dululah.
Ada masa nanti baru baca.
Begitulah
rutin harian sampai melambak-lambak surat khabar lama kat rumah yang
dibeli tanpa dibaca. Waktu beli tu memang semangat nak baca, apabila dah
sibuk kerja, entah bilalah nak baca. Buku medic pun tak sempat habis !
“
Doctor Faizal, ada patient asystole ! (tiada degupan jantung),” jerit
nurse ke dalam bilik pantry. Kulantas segera bangkit, meletakkan tin
minuman di atas meja lantas menghayun kaki keluar dari bilik pantry
dengan tergesa-gesa.
“Ya,
Allah jauhkan wad ini daripada malaikat maut,” itulah antara ayat yang
terpacul keluar dari mulut tanpa sedar. Pintu bilik pantry kukuak.
Dentuman pintu di belakang tak kuhirau.
“Katil berapa kak?,”
“ katil 2,nenek Jah, nak inform sesiapa tak?”tanyanya pantas.
“Tolong
call dr Leong, suruh dia datang cepat. Inform MO second call, Dr Rama
kan? Saya nak Intubation set sekarang,bawa ke katil 2. ETT Saiz
7.5,”arahku dalam kalut. Lab coat putih kucampak ke atas kaunter. Nanti
dah settle kukemas balik, desusku.
“Puan,
encik, minta maaf banyak-banyak. Boleh duduk di luar dahulu, kami nak
selamatkan nenek ni dahulu,"pesanku pada ahli keluarga yang cemas.
Kuterus
tarik langsir menutup sekeliling katil. Jururawat-jururawat turut sama
membantu. Aku tak pedulikan apa-apa respons daripada ahli keluarga. Nak
menangis ke, nak melolong ke, nak merengek ke, yang penting duduk luar.
Aku nak buat bantuan pernafasan sekarang ni (CPR).
Langsir ditutup, ada yang cuba membuka.
“Minta
maaf, tolong duduk luar sekejap, saya nak selamatkan nyawa nenek ni.
Saya tak nak gangguan,”kataku tanpa intonasi namun volume suara agak
tinggi. Jelas. Mustahil tak dengar.
Mataku
lekas melekat di cardiac monitor. Cardiac monitoring linear,
Kadang-kadang baru degupan jantung kembali naik. Tak konsistent. Seorang
jururawat yang bersarung tangan sedang menekan dada nenek ini.
Keringatnya meleleh. Basah dahi.
“Saya
nak ETT size 7.5, kak, tolong buka lampu kat pangkal katil. Turunkan
tempat sandar katil ni, biar katil flat. Tarik katil keluar sikit, saya
nak mencelah kat dinding. Bagi Adrenaline 1 mcg,then atropine 1mcg
stat,”arahku monotonous. Jururawat-jururawat ni semua dah mahir dah. Tak
payah suruh pun mereka akan tanya doctor, perlu bagi sekarang ke
ubat-ubat itu atau tidak. Hari-hari ada orang mati dalam wad. Dah biasa.
Mata kuperiksa dengan lampu suluh. Fixed dilated pupil. Otak dah mati.
Kak
Ros yang sedang meng”ambu” melalui oropharyngeal tube kuminta ketepi.
Leher pesakit kuextend. Rahang mulut kutekan dari tepi untuk meluaskan
bukaan mulut. Kulekas cabut oropharyngeal tube, capai laryngoscope, ETT
tube dan masukkan ke celahan peti suara pesakit apabila terzahir di
mata kasar dengan bantuan cahaya daripada laryngoscope dalam kelam
tekak seorang manusia.
“Equal?,”tanyaku pantas kepada seorang jururawat yang sedang memeriksa paru-paru dengan menggunakan stethoscope.
“Tak pastilah doctor, doctor cuba dengar,”tuturnya perlahan.
"Tolong ambu kejap".
Kugapai stethoscope biru yang tergantung di leherku sepanjang hari dan terus menekapnya di dada kanan dan kiri.
Transmitted sound. Equal.
"Biar
saya sambung,"pintaku sopan. Kak ros lantas mengalih pungguhnya dan
membiarkanku melompat ke atas katil dan terus menekan dada nenek Jah
dengan kuat.
"Faizal, perlahan sikit,"tiba-tiba suara mencelah.
"Perlahan? speed ke amplitude?,"jawabku selamba.
"Amplitude la, hemothorax pulak nenek ni nanti,"tutur Dr Rama yang muncul di sisi katil entah bila. Aku tak perasan.
Nenek
Jah tersadai di atas katil. Dadanya berombak tatkala kami cuba mengepam
jantungnya secara manual. Mulut terkunci, Endotracheal tube menyumbat.
Mata terpejam. Tak lagi terbuka. Badannya tidak bergerak seolah-olah
pasrah.
Pasrah terhadap kehidupan dunia.
Pasrah terhadap malaikat yang ingin mencabut nyawa.
Pasrah terhadap janji Allah tentang kematian, yang takkan ditunda
Pasrah terhadap doktor-doktor yang mencuba memanjang nyawa, tanggungjawab seorang manusia.
Aku senyap. Air mata mengalir dari kelopak mata nek jah yang tertutup.
"Mak,
bangunlah mak. Kami nak jumpa mak,"suatu suara wanita terdengar di
sebalik langsir. Sebak. Tangisan sebagai muzik background.
"Dr Rama, boleh tolong cpr?,"pintaku sopan. Beliau mengangguk tanpa banyak bicara.
"makcik mengucap makcik. La ilaha illallah."
"La ilaha illallah"
kalimat agung ini kubisik di telinga kanan. Mulutku tak lebih 5 cm dari cuping telinga Nenek Jah barangkali.
"Mengucap nek. Lailaha illallah."
"La ilaha illallah."
"La ilaha illallah."
Cardiac monitoring linear. Tiada degupan jantung dirakam walau jantung dipam secara manual dengan tangan-tangan kami.
Dr Rama terduduk di atas katil. Tangan kiri diangkat. Jam tangan diperhati.
Dah lebih setengah jam. Tiada response. Kita berhenti di sini. Time of death 5.30 pm.
Aku
mengangguk. Tiada emosi. Bidang perubatan telah menyedut segala emosi
ketika berhadapan dengan situasi begini. Memang dilatih begini.
Sekujur
tubuh hanya tinggal tubuh. Kakinya yang sejuk pada mulanya, kini
keseluruhan tubuh. Tiada lagi suara nenek Jah yang mampu didengar. Tiada
lagi nenek Jah yang sanggup meminjamkan telinganya untuk mendengar
segala keluhan kerja yang menyesakkan diri. Tubuh hanya tinggal tubuh.
Bersedia untuk bersemadi. Janji Allah itu pasti.
Kusedekahkan al-fatihah buat arwah. Berdiri kaku di sisi katil.
"Faizal, declare to the family,"pesan Dr Rama. Ku mengangguk lemah.
Sedang
ingin berjalan keluar sambil menyelak langsir untuk berhadapan ahli
keluarga,
tiba-tiba.......................................................................................................................................................
"Doktor,katik 25 SOB (shortness of breath, sesak nafas),"jerit staff nurse.
Katil 25? eh, tu abang Harun kan? tertujah-tujah soalan di benak.
Belum sempat declare, ku terus berlari ke bilik isolation.
Langsir telah ditarik. Beberapa pasang kaki putih terlihat dari luar di bawah langsir yang tergantung.
Kulekas masuk. Abang Harun umpama ikan di daratan. Tercungap-cungap. Matanya terbuka dan tertutup.
"Intubation set right now,"arahku pantas.
Adik-adik pelajar jururawat berlari keluar. Cuak, mungkin pertama kali berhadapan keadaan sebegini.
"Mak,panas mak! aaaaaaaahhhhhhh,"tutur abang harun tercungap-cungap. Nafas ditarik panjang. Matanya merah.
"Sabar nak, doktor ada ni nak tolong,"pujuk ibunya dalam tangisan.
Panas mak, panas !
aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh
Abang tttak tahann!
aaaaaaaaaaaaaahhhh
Aku segera menyiapkan perkakas di atas troli emergency. suara abang Harun menghirup saki baki udara sungguh menggerunkan.
Kakinya tak duduk diam, merah padam. Hemorrhagic blister dah sebesar 10 cm diameter di atas kedua-dua betis.
"Doktor saya ambil ETT (endotracheal tube) kejap. Kat troli ni dah habis, guna kat nenek jah tadi,"pesan jururawat.
"Dah pergi cepat. Inform anaest for intubation sekali,"pesanku. Dr Rama segera mencelah masuk.
Kubiarkan beliau sahaja memberi arahan. Beliau lebih arif. Kedua-dua tangan abang Harun kupegang kuat. Pesakit ini aggresif.
"Bang, bawa mengucap bang. Ingat Allah,La ilaha illallah.La ilaha illallah."
Badannya
umpama disalai hidup-hidup. Tak berhenti bergerak. Matanya terbeliak
menahan pedih, tangan dipegang. Kaki terikat di hujung katil.
"Mengucap nak, mengucap,"jerit si ibu sebak. Air mata umpama air terjun. Entah ke mana limpahnya, entah di mana empangnya.
Sakit
mak!!!!!!!!!!!! jerit abang Harun kuat. Nafasnya ditarik panjang.
Lidahnya terjelir keluar. Tekaknya berbunyi, berdiri bulu romaku.
Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttt. Cardiac monitoring kupandang- asystole!
"Minta
maaf makcik, kami nak beri bantuan kecemasan," pesan Dr Rama. Kusegera
melompat ke atas katil. Dada abang harun kehenyak kuat. Jantung dipam
dengan tangan.
"Huuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhuuuu.
Ya allah,ambillah nyawa aku, jangan ambil nyawa anakku! Ambillah nyawa
aku!"jerit ibu tunggal ini. Tangan tak dilepas dari tubuh abang Harun.
Staff
nurse segera memegang ibunya untuk dibawa keluar. Susah payah
dibuatnya. Sudah berumur, entah mana datang kudrat itu. Tangan tak
terlepas dari bucu katil.
Dr Rama segera intubate pesakit (masukkan tube ke dalam kerongkong). Susah, yang dilihat hanya darah.
"Jangan
tinggalkan mak nak! Jangan tinggalkan mak! Ambil nyawa aku Allah. Biar
dia hidup ya Allah ! Aku mohon pada engkau Allah ! Jangan seksa anak aku
begini !" jerit si ibu seolah-olah hilang akal.
"Bangun bang, tengok mak nak,"
"bangun bang...
"Bang......... (jatuh pengsan)
Teeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
Begitulah
bunyi cardiac monitoring tatkala diisytihar kematian. Sakaratul maut
yang diperhati di depan mata terbawa-bawa ke tidur.Pesakit tersenyum dan
menyapa doktor di kala pagi, tidak lagi bersuara menjelang dinihari.
Umur muda tak menjanjikan hidup lama. Niat di hati ingin mengucap
kalimah suci di saat akhir, namun berapa pesakitkah yang kudengar
mengucap kalimah suci ini di akhir usia?- tiada-
suaranya mungkin kuat menggertak pekerja,
nanti suaranya juga mungkin kuat merayu sebagai hamba
Perangainya mungkin lincah mengikat manusia dengan janji durjana.
nanti perangainya juga mungkin lincah di atas katil, namun terikat tidak bermaya
Tekaknya mungkin basah dengan arak yang dituntung ketika usia
Nanti tekaknya juga mungkin basah dengan darah, rentung , nafasnya sia-sia
Dadanya mungkin jelita dipasak silicon, menggiurkan pemuda gila
Nanti dada siliconnyanya mungkin pecah, penyet, busuk ditekan doktor, tatkala bantuan kecemasan bermula
Mulutnya mungkin liar mencium pemuda atau gadis kota
Nanti
mulutnya juga mungkin liar mencium dan menghirup saki baki udara, di
saat roh menjauh , badan terkebil-kebil menanti neraka.
Nauzubillahi minzalik.
(Sebagai
renungan- abang Harun (bukan nama sebenar) hanya berusia 27 tahun, HIV
positif, Hepatitis B dan C positif, transgendered with breast implant.
Meninggal dunia dalam keadaan terseksa yang sebenarnya sukar digambarkan
dalam bentuk kata-kata dalam tulisan ini. Seburuk-buruk manusia , dia
masih anak- begitulah prinsip seorang ibu, membela anaknya tatkala
derita kesakitan walau ahli keluarga lain membuang anaknya itu dari
pandangan mata, dek kerana marah dan tidak mendengar kata. Kembalilah ke
pangkal jalan, jangan menyeksa diri anda dan keluarga anda untuk
kegembiraan yang sementara dan sia-sia)
Tolong sebarkan artikel ini sekiranya difikirkan bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment