Durian
Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh
semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari
pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu
perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang
khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan
yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula
keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis
sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di
Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris
dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak
manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak
besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya
masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat
jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti
tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan
menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini
juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan
berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi,
kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang
baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut
Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini
telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan
adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan
merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses
penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i)
Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual,
berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber
berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi
terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal,
sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari
ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih
sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza,
diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan
Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam
memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin
dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi
kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh
sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan
telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama
bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ?
Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita,
dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu
perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan
penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon
ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun,
isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar
bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung,
asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah
yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia
yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai
ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah
terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan
menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan
pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar
ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk
penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan
besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya
diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar
untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan
keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut
berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan
untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah,
ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat
kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi
sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan
semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika
para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita
keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya
sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser
yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan
ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun
dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat
kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak
dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh
sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal
bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal
of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh
Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur
kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan
membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding
dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue
University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel
kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan
Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai
Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi
dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap
tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara
memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer
Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan
Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda
yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah
yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat
berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda
kasihi.
0 comments:
Post a Comment