Siapa
suka makan pedas? Tentu sekali cili padi tidak asing bagi anda, kan?
Selain cili padi, ia dikenali juga sebagai cili api dan cabai burung.
Ramai di antara hanya tahu ia hanya penambah selera dalam masakan.
Barulah "kick"!
Namun begitu, rupa-rupanya daun serta akar pokok
cili padi ni turut memiliki khasiat tersendiri. Antaranya boleh
menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot, bengkak,
mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.
Daun Pokok Cili Padi
Bagi
tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai
daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada
tempat bisul atau luka.
Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal
otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili
padi dan tampal pada tempat yang sakit.
Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih.
Akar Pokok Cili Padi
Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.
Petuanya
- anda ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan
akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam
cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.
Begitulah
sebahagian khasiat pokok cili padi yang sempat di kongsi dengan anda.
Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda sekeluarga. Dan jangan lupa untuk
berkongsi perkara ini dengan rakan2 yang lain.
0 comments:
Post a Comment