Nama
tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat
eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama
sebuah bukit di New Zealand.
Bunyi yang dikeluarkan apabila anda
mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh
letupan buih di dalam sendi itu.
Planet Pluto mengambil masa 248
tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya
bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune .
Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.
Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
Matahari memiliki tenaga yang cukup untuk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
Tekanan
jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan
setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
Purata
setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih
cepat pada waktu malam. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat
mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah.
Terdapat
banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki
untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah untuk
mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
Apabila
seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar
dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
Manusia
hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk
aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
Andai
kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia
cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus.
Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga
60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah
daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
Tempat paling
sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi
Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku
pernah dicatitkan.
Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa
mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara
purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu
menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di
sekolah.
Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
Jantina
kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura -
kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi
yang berdesir.
Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.
Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.
Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
Kanggaru
yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya
tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu
melompat.
Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini
mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya
produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
Jika
usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau
sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.
Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
Skrip
drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis
atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.
Setengah
haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan
gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan
10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya
untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara
ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan
berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum
kejadian.
Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama -
belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain;
mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.
Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun
orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.
Semasa
pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk
berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar
termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di
samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.
Seni
membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum
mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan
penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka
kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium
Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang
dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.
Untuk
kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji
kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan
oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan
usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.
Dalam
satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny
of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil
kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun
menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi
tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa
daripadanya.
Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki
menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria . Dr Barry menyertai pasukan
perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan
juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau
hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.
Jerung
adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia dilahirkan lagi. Saintis
Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa
beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.
Jutawan
Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru
mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta
itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni
boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan
sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.
Purata
pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang
diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta
potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.
Paus beluga
yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu
sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.
Sungai
Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia,
mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.
Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.
Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.
Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.
Ketua
Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu
bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang
ditulis dalam 114 bahasa.
Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di
Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan
wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain,
setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama
mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami
mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri
mereka sudah terpahat di dahi.
Ais krim adalah makanan yang
menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui
siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya
orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki
berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas
penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang
cukup melazatkan sehingga ke hari ini.
Adalah dianggarkan
sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan
membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok
mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah
tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata
dunia.
Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di
dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci
seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra ,
Uttar Pradesh , India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul.
Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan.
Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah
Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas
memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada
Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun
itu berjaya disiapkan pada 1653.Pembinaannya juga telah melibatkan
ribuan tenaga buruh.
Darah akan memancut apabila kulit seseorang
luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung
menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah
pada kadar 10 meter.
Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.
Masyarakat
Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung
setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.
Kita akan
menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf
yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar
kelajuan 120 meter sesaat.
Usus manusia menghasilkan satu
lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru
terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang
dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.
Seorang
dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi
kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya.
Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada
suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu.
Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih
banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran
peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada
kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan
mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.
Dianggarkan
berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai
yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka
menanamnya.
Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.
Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.
Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.
Lembu
adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang
dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.
Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.
Otak
manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang-
kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.
Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
Orang
pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England
(1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk
menyapu dan membersihkan hidungnya.
Sebanyak 64 otot digunakan
untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum.
Jangan membazirkan tugas otot muka anda.
Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.
Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.
Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.
Kucing tidak boleh merasa rasa manis.
Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.
Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.
Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang.
Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.
Nama
paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl
Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul
Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus
Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior
Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut.
Mengikut
buku Guiness Book of Records, restoran yang menyediakan hidangan
terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico
. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat. --kat malaysia
boleh tidur dulu lepas order, dan kekadang kita order dulu orang lain yg
kemudian order dapat dulu.
Berat bumi ialah 6,588,000,000, 000,000,000, 000,000,000 tan.
Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.
Kepulauan
Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah
kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang -
350 kambing.
Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda. Sharing is Caring