Thursday, 26 April 2012

Garam dan Amalan Sunnah




Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam.Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.


SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .


Dari Anas Bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam".


Hadis riwayat Ibnu Majah

” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam “


Antara kegunaan garam dalam perubatan Islam

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar (jauh dari laut), seperti, goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.


Diantara Petua dan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Monday, 16 April 2012

Kelebihan Buah Tomato



TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.
Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah....


1. Baik Untuk Kencing Manis

Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.


2. Baik Untuk Mata

Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.


3. Baik Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.


4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati

Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.


5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.


6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

Tip Memilih TOMATO...

Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.

Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.

Apa lagi..... Jom Makan TOMATO

Tapai Ubi Mencegah Kanser



Tapai ubi adalah antara makanan kegemaran di dalam masyarkat Melayu. Hasil kajian yang dijalankan oleh Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia Dr Latifah Saiful Yazan mendapati tapai ubi juga mampu mencegah kanser kerana ia mengandungi bahan bakteriosin sejenis protein yang terhasil melalui proses penapaian.

Bakteriosin menunjukkan tindak balas positif ke atas aktiviti anti kanser, namun mendapati ia tidak bertindak untuk menyembuh atau membunuh sel-sel kanser.

Kajian awal menunjukkan bahawa bakteriosin berpotensi mencegah penyakit kanser termasuk payu dara, servikal, ovari dan leukimia.

Kajian yang dijalankan bersama dengan Prof Madya Dr Raha Abdul Rahim telah melalui beberapa kajian terhadap bakteriosin dan mendapati ada aktiviti anti mikro yang menunjukkan bakteriosin boleh membunuh mikroorganisme tertentu seperti pathogenic micro organism yang menyebabkan kanser.

Kotak Untuk Tidur



Sekali pandang gambar diatas timbul pula idea untuk bisnes benda ni. Kebetulan rumah Tok Wan dekat sangat dengan Terminal Bersepadu Selatan yang sedang dalam pembinaan dan hampir siap.


Bila siap nanti dalam terminal tu lebih kurang macam gambar diatas ni kot. Dan sudah pasti bila ia beroperasi sepenuhnya ia memerlukan ruang rehat untuk orang yang melakukan perjalanan jauh.

Mithalnya dari JB nak ke Trengganu. Mungkin bila sampai ke TBS dari JB seawal jam 4 petang. Badan letih dan nak sambung perjalanan ke Trengganu pula perjalanan jam 9 malam.

Pasti waktu terluang ini digunakan untuk tidur seketika.

Tidur yang betul2 cukup walaupun cuma 3 jam pasti badan kembali segar dan boleh meneruskan perjalanan dengan segar dan sehat.

Tapi err... setiap tudur dikenakan charge. Sebab cukup jam kami akan kejutkan anda. Anda boleh segera bangun dan segera pergi mandi.

Dalam TBS itu pun pasti disediakan bilik untuk mandi dengan dikenakan sedikit bayaran.


Tapi nak berniaga benda baru ini azabnya dahsyat. Nak amek duit bank, bank sendiri tak konfiden. Nak pakai duit sendiri pula memang ciput. Nak ajak kawan share pun payah. Kawan Tok Wan kebanyakan jenis orang yang takder duit. he he he...

Jadi nak wat camner yek... ada kah anda mempunyai banyak wang untuk dijadikan pelaburan yang macam Tok Wan citer atas ni?


Cita-cita besar... perancangan pun besar, tapi jika projek sebegini dapat kat orang koperat senang jer paperwork depa boleh bank luluskan.

Maklum lar ada Datuk atau Tan Sri yang call direct dengan manager bank. Tergagap-gagap dan tercungap-cungap manager bank tu nak bagi jawapan pada Datuk atau Tan Sri. Orang macam Tok Wan ni depa tak heran...ngeh ngeh ngeh...


Tapi cita2 untuk buat bisnes camni cuma tujuan utamanya memberi keselesaan kepada mereka yang berjalan jauh, dalam erti kata lain musafir.

Kesan Memakai Coli Dan Seluar Dalam Semasa Tidur



Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat atau kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika sewaktu anda tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer.


Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.

Gambar2 Yang Dipamer Adalah Utk Tujuan Pelajaran Jangan Anggap 18sx okey

Biar Betul Nie !!



Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.

Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune .

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

Matahari memiliki tenaga yang cukup untuk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah.

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah untuk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura - kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria . Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.

Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.

Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.

Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.

Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra , Uttar Pradesh , India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.

Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.

Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.

Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.

Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.

Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.

Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.

Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang.

Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.

Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior

Bagi setiap seorang manusia, ada satu juta semut.

Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yang menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico . Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat. --kat malaysia boleh tidur dulu lepas order, dan kekadang kita order dulu orang lain yg kemudian order dapat dulu.

Berat bumi ialah 6,588,000,000, 000,000,000, 000,000,000 tan.

Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 km sejam.

Kepulauan Falkland mempunyai jumlah penduduk seramai 2000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang - 350 kambing.

Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda. Sharing is Caring

Khasiat Budu



Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan “kuno”.

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain.

Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Khasiat Bunga Untuk Kesihatan



Bunga merupakan sebagian dari tanaman. Selain cantik, bunga juga kaya akan hormon tanaman. Karena adanya berbagai senyawa, bunga digunakan di seluruh dunia dalam pengubatan populer dan tradisional.

Kekuatan bunga dapat digunakan sebagai sebagai infus atau penambah cairan (biasanya teh bunga atau buah). Bunga juga dapat digunakan sebagai tapal untuk masalah kulit dan sebagai aroma terapi untuk berbagai penyakit.

Bunga juga berperanan sebagai moderator suasana hati yang sihat dan alami karena bunga berdampak langsung pada kebahagiaan, memiliki efek positif jangka panjang pada suasana hati dan membuat hubungan semakin intim. Dilansir dari Lifemojo, selain manfaat emosional, bunga juga dapat memiliki pengaruh yang jauh lebih nyata pada tubuh manusia, antara lain:

1. Mawar

Rose atau mawar merupakan bunga yang sangat populer sebagai ubat alami. Mawar sering digunakan dalam bentuk minuman untuk menyembuhkan hati dan usus, terutama dalam hal buang air besar, kandung empedu dan hati. Hal ini seharusnya sangat baik dalam masalah empedu. Aroma satu buket bunga mawar juga dapat meningkatkan suasana hati.

2. Marigold

Kelopak bunga Marigold digunakan untuk membuat ubat cuci mata yang sangat baik. Marigold juga digunakan dalam pengobatan homeopati dan konvensional sebagai salep untuk penyembuhan luka. Marigold memiliki antiseptik, stimulan dan sifat anti-jamur.

3. Dandelion

Cairan dandelion dapat membantu mengubati anemia, penyakit kuning dan gugup. Ini juga dapat memurnikan darah. Dandelion pun dipercaya biasa berkontribusi banyak untuk masalah diet serta asupan gizi karena mengandung vitamin A dan kalium, bahkan dikatakan dandelion lebih bergizi dari brokoli atau bayam.

4. Krisan

Minuman yang terbuat dari bunga krisan dapat membantu mengubati flu, demam, sakit kepala dan hipertensi. Jus krisan yang dioleskan ke atas kelopak mata juga dapat mengubati pembengkakan dan kemerahan mata yang terjadi karena polusi.

5. Bunga matahari

Cairan bunga matahari dapat mengurangi nyeri haid dan bisul. Berkumur dengan cairan bunga matahari juga dipercaya dapat mengurangi sakit tenggorokan dan tonsilit. Dikutip dari Healthmad, bagian lain dari tanaman bunga matahari yang juga bermanfaat adalah daunnya. Bagian ini mampu meredakan asma dan batuk rejan karena bronkitis, bahkan bisa menyembuhkan luka dan infeksi.

6. Bunga Sedap Malam

Bunga sedap malam dikenal bisa memperbaiki ketenangan pikiran seseorang. Bunga ini bisa membuka chakra mahkota, sehingga memperbaiki kekuatan fisik seseorang. Sedap malam juga memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang karena kemampuannya menstimulasi sisi kanan otak yang mengurusi bagian kreativitas. Dari stimulasi di otak kanan itu sedap malam memberi ketenangan di pikiran dan hati.

Bunga Sedap Malam



Sedap malam lebih dikenal sebagai bunga hiasan. Wangiannya yang seharum melati bermunafaat menenangkan hati orang yang berada di sekitarnya. Namun, sebenarnya bunga sedap malam mempunyai sejumlah munafaat untuk kesehatan, bermula dari mengubati penyakit susah tidur sehinggalah kepada selsema atau penyakit yang selaras dengan pernafasan.

Bunga yang berasal dari Mexico ini juga disukai di lain2 negara. Masyarakat Jepun menggunakan bunga sedap malam sebagai lambang cinta. Di Thailand, bunga yang harum di malam hari ini adalah pilihan utama pengarang bunga karena sifatnya yang harum dan tidak mudah layu.

Masyarakat Eropa juga memakai bunga bernama Latin Polianthes tuberosa Linn ini dalam upacara keagamaan terutama menjadi penghias di gereja.


Kekasih Gelap

Keharumannya yang tak kalah dengan bunga melati membuat sedap malam diberi gelaran di luar negeri sebagai dangerous pleasure (kesenangan yang berbahaya). Tidak jelas mengapa disebut demikian. Namun, ada tahayul kuno di Perancis yang melarang anak gadis menghirup wangi bunga ini di waktu malam karena akan membawa suasana romantis dalam diri mereka. Larangan yang sama juga berlaku di India dengan alasan yang sama pula, sehingga bunga ini diberi nama rat ki rani (kekasih gelap).

Meski ada kepercayaan demikian di India, perubatan kuno dari India, Ayurveda, mengakui khasiat bunga yang juga disebut orang Sunda sebagai sundel malam ini bagi kesehatan. Menurut Ayurveda, sedap malam terkenal boleh memperbaiki ketenangan pikiran seseorang. Bunga ini boleh membuka cakra mahkota fikir, sehingga memperbaiki kekuatan fisik seseorang.

Sedap malam juga memperkuat inspirasi artistik dalam diri seseorang yang bergelar artis sebab ia mampu bergerak dari sisi kanan otak yang mengurusi bagian kreativitas. Dari stimulasi di otak kanan itu sedap malam memberi ketenangan di pikiran dan hati.
Pada pengamal perubatan tradisional masyarakat Indonesia tidak ada penjelasan seperti dalam Ayurveda. Namun, nenek moyang keturunan China telah menggunakan keharuman bunga yang juga bernama Yek Lai Siang ini untuk menenangkan hati di kala kematian.

Hiasan bunga sedap malam pada upacara perkawinan di Indonesia memberi gairah tersendiri untuk pasangan pengantin baru. Perkara ini masih terus berlaku hingga sekarang. Bahkan para pengelola spa menaburkan kuntuman bunga ini di kolam pemandian untuk memberi ketenangan pada orang yang berendam.


Menurunkan Panas

Sayangnya, sedap malam tidak menghasilkan asensial, yakni hasil sulingan yang berupa minyak wangi. Jadi tidak ada minyak dalam botol yang dibuat dari sulingan bunga sedap malam sebab bunga ini tidak tahan suhu tinggi yang biasa dilakukan bagi menghasilkan esensial.

Secara ilmiah, hanya sedikit munafaat kesehatan yang terungkap dari bunga sedap malam. Dari Ensiklopedia Tumbuhan, sedap malam bersifat manis, sejuk, dan sedikit tawar. Tanaman ini berkhasiat menurunkan panas (antipiretik) dan menghilangkan bengkak. Sementara itu, kandungan kimia yang diketahui adalah sapogenin.


Aneka Resepi Bunga Sedap Malam

Berikut ini beberapa resepi yang menggunakan bahan sedap malam:

1. Katarak, Radang Mata

Rebus 50 kuntum bunga sedap malam dengan 1.5 liter air hingga mendidih. Tunggu sampai sejuk. Setelah sejuk atau sedikit suam, gunakan untuk mencuci mata.


2. Bisul dan Bengkak

Ambil akar sedap malam secukupnya lalu cuci bersih. Setelah itu tumbuk halus dan tempalkan pada tempat yang sakit.


3. Susah Tidur, Menenangkan Pikiran dan Hati, Penambah Darah, dan Pandangan Kabur

Bahan: 30 kuntum bunga sedap malam, 15 gram kie cie (beli di kedai ubat Cina), 1-2 ketul hati ayam, 2 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, 10 gram halia, garam, dan kicap secukupnya. Iris bawang putih dan bawang merah. Tumis semua bahan dengan minyak goreng nonkolesterol secukupnya. Tambahkan tepung ubi yang telah dibancuh dengan air secukupnya. Masak sampai pekat.Dan akhirnya makanlah secukupnya sahaja.

Asam Gelugor



Inilah buah Asam Gelugor yang sudah masak dipokok dan sesuai di potong nipis untuk dimasukkan terus dalam masakan atau di hiris nipis2 lalu dijemur untuk dijadikan Asam Keping.

Gambar ini pula ialah buah Asam Gelugor yang belom masak. Maknanya buah muda lah.


Buah Asam Gelugor sewaktu masih putik.


Bunga yang belum menampakkan putiknya. Kalau waktu memasak takder Asam Gelugor yang tua atau ranum, bunga ini juga boleh digunakan untuk menggantikan Asam Gelugor.


Buah Asam Gelugor yang telag di potong sedia untuk di masukkan kedalam masakan berada sebelah kiri dalam gambar. Ini sewaktu memasak dalam progrem camping di Sungai Chongkak.


Wahhh... masakan kari ikan sardin yang telah siap untuk dimakan. Pastinya Asam Gelugor sudah tidak kelihatan sebab ianya telah hancur. Berbeza dengan penggunaan Asam Keping, ianya lebih liat dan susah hancur.

Air Dimasuki Lalat Boleh Diminum...Tazkirah




Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda;

"Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." (Sahih Bukhari)


Hadith Lalat dan Kajian Saintifik


Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:

“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”
[Hadith Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)]

PENGERTIAN UMUM

Hadith ini menjelaskan, sekiranya lalat termasuk ke dalam bekas minuman, maka janganlah tergesa-gesa memandang hina makanan tersebut lalu membuangnya, bahkan perlulah mencelup atau menyelamkan lalat itu di dalam bekas terlebih dahulu, kemudian barulah membuang serangga tersebut. Tidak menjadi masalah untuk meneruskan makan dan minum di dalam bekas yang pernah mengandungi lalat. Ini adalah disebabkan, sebelah kepak sayap lalat yang jatuh ke dalam air itu mengandungi racun, manakala disebelah lain pula mengandungi penawarnya.


KEFAHAMAN HADIS


KELEBIHAN LALAT


Disebutkan di dalam kitab Musnad Abu Ya`la:

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Umur lalat adalah selama 40 malam, dan kesemua lalat akan berada di dalam neraka kecuali lebah”

[Ibnu Hajar mengulas: Sanad hadith ini tidak mengapa]


Keberadaan lalat di dalam api neraka bukanlah untuk di seksa, bahkan ia ditempatkan disana bagi menyeksa ahli neraka.

Sains moden pula, menjadikan lalat buah, khususnya "drosophila melanogaster" sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammmad s.a.w. dalam hadith ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.


HUKUM AIR YANG MENGANDUNGI LALAT

Majoriti ulama berpandangan: Air yang sedikit tidak menjadi najis sekiranya dimasuki dengan sesuatu yang tidak najis. Oleh itu, air yang mengandungi lalat tidaklah najis, kerana menjadi suatu kemustahilan apabila Rasulullah s.a.w. mengarahkan umatnya mencelupkan sesuatu najis ke dalam air minuman. Ibnu Qayyim mengulas: Ini adalah pendapat majoriti ulama yang tidak diketahui dari mana-mana salaf yang berselisih terhadapnya.

Sebahagian ulama yang lain pula berpandangan: Tujuan hadith ini bukanlah untuk menjelaskan kesucian air, tetapi menerangkan cara perubatan yang disebabkan oleh masalah lalat. Ibnu Hajar mengulas: Ini adalah pendapat yang benar, akan tetapi tidaklah terhalang dari mengambil hukum yang lain.


KELEBIHAN MENCELUP LALAT

Mampu mengeluarkan penawar yang ada di sebelah sayap lalat yang terjatuh di dalam air. Bahkan, makanan atau minuman itu pula boleh diminum mengikut kadar kesanggupan.


MENJAWAB DAKWAAN ORANG YANG MENENTANG HADITH INI

Sebahagian orang Islam dan orang bukan Islam telah memperolok-olokkan hadith ini. Diantara mereka, ada yang mengatakan:

Bagaimana boleh berkumpul antara racun dan penawar pada sayap lalat? Bagaimana pula lalat boleh tahu sehingga dia mampu mendahulukan sayap yang mempunyai racun dan melambatkan sayap yang mempunyai penawar? Apa yang membuat ia begitu pandai??

Imam al-Khatabi berkata: “Ini adalah pertanyaan orang yang benar-benar jahil atau memang hanya berpura-pura jahil. Seorang yang dapat merasai kehidupan dalam dirinya dan kehidupan keseluruhan haiwan, dia akan mendapati bahawa terkumpulnya hawa panas dan sejuk, kering dan basah yang saling berlawanan dimana apabila bertemu maka akan saling merosakkan. Tetapi Allah mampu untuk menyatukannya dan menjadikannya sebagai kekuatan haiwan agar tidak ada orang yang akan mempertikaian akan terkumpulnya penyakit dan ubat dalam satu haiwan. Dialah yang memberi ilham kepada lebah untuk membuat rumah yang sangat menakjubkan serta mengeluarkan madu dan Dia juga yang memberi ilham kepada semut agar mencari makanan rujinya serta disimpan untuk keperluan hidupnya, Dialah yang menciptaan lalat dan mengajarnya agar mengedepankan sayap penyakit terlebih dulu kemudian sayap penawarnya. Semua itu adalah keinginan Allah untuk menguji hamba-Nya supaya wujud ta’abbud (ibadah). Pada segala sesuatu terdapat pelajaran dan hikmah. Dan tidak ada yang dapat memahaminya kecuali orang-orang yang berakal”

[Maalim Sunan 4:239]


Ibnu Jauzi Juga mengatakan: Apa yang disebutkan itu tidaklah aneh, kerana lebah pun mengeluarkan madu dari bahagian atasnya, dan mengeluarkan racun dari bahagian bawahnya.


KAJIAN SAINTIFIK

Kajian saintifik telah mendapati bahawa, lalat akan mengeluarkan unsur-unsur kecil dari jenis enzim yang dinamakan bacteriphages iaitu, suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Ianya merupakan kuman yang sangat kecil, bersaiz panjang 20;25 mµ. Oleh itu, apabila lalat jatuh ke dalam air, hendaklah lalat tersebut dicelup kerana ia akan mengeluarkan kuman bacteriphages yang menentang bakteria perosak.

Pernah terjadi di Negara India pada tahun 30an. Mereka dilanda wabak taun (Kolera). Sehinggakan, ada yang mengatakan; rakyat India akan mati disebabkan taun. Dan lalatlah puncanya, lalat tidak menyihatkan dan tidak pula menyembuhkan.. semua rakyat akan mati..

Namun, selepas dua minggu, pengamal perubatan telah mendapati rakyat India semakin pulih. Mengapa? Ada sebab: kerana lalat telah menukar bakteria yang menyebabkan penyakit ini. Dan menukarnya menjadi sesuatu yang lain, yang dinamakan bacteriphages yang membunuh bakteria menggunakan sayap kedua. Lalat turun ke sumur-sumur, dan masuk ke dalam air dan membunuh bakteria. Rakyat India minum, dan mereka sembuh. Bermulalah kesihatan secara perlahan-lahan dalam tubuh mereka.

[Mausuah Az-Zahabiah:1017]


M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika ‘dicelupkan’ ke dalam luka-luka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.W. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii. Tambahan daripada itu, pada tahun yang sama, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allantoin. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus.

Penemuan-penemuan ini menjadikan larva lalat begitu popular digunakan bagi merawat luka-luka terutamanya pada tahun 1930-an. Walau bagaimanpun popularitinya mula menurun selepas penemuan ubat-ubat antibiotik. Baru-baru ini, bermula tahun 1982, penggunaan larva menjadi popular semula berdasarkan kajian-kajian saintifik terkini. Hal ini dilaporkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Indiana di Sound Medicine: October 10, 2010

Sebagai contoh, ia dicadang untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan kencing manis. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health terbitan Mac 1995. Antara institusi perubatan yang telah menggunakan pendekatan ini ialah Long Beach Veterans Affairs Medical Center. Di Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka berjaya merawat sebelas kes luka yang teruk dengan menggunakan larva lalat. Kaedah ini berjaya mengawal infeksi kuman dan menyelamatkan kes-kes ini dari pembedahan amputasi. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases.



Wednesday, 11 April 2012

Anak Pontianak

Anak Pontianak

Photobucket“Kak ita dah sampai dr?” tanya pakcik Hasan. “Belum, pakcik. Kejap lagi sampailah tu,”balasku memujuk. Ditarik muka masam. Mukanya berpaling ke jam dinding. Dari 7 am ditunggunya, dah petang dah masih tak kunjung tiba.

Aku mengetam gigi. Kalau tak dapat tunaikan, janganlah berjanji. Kasihan pakcik Hasan ni, tunggu anaknya dari 2 minggu lepas tak kunjung tiba. Asyik soal pasal kak ita sahaja.

Aku bangun dari kerusi. Branula siap dipasang. Bergegas berjalan laju menuju ke kaunter, kerja bertimbun-timbun. Hospital Pasir Berdengung tengah kelam-kabut. Segala system kucar-kacir gara-gara arahan tekad pengarah hospital untuk mengaplikasi system berkomputer dan memansuhkan segala bentuk “hard copy”  yang bertahun-tahun digunapakai.

Semua doctor dan jururawat daripada tahu buat kerja jadi tak tahu, yang laju jadi lambat, yang tak rabun jadi rabun, yang siap kerja awal jadi tak siap, yang datang lambat jadi datang awal, gara-gara terpaksa berebut computer untuk menyiapkan segala review pagi dan memeriksa hal ehwal pesakit sebelum “dibelasah” lumat tak sempat review patient ketika round dengan consultant.

“Dr Faizal, macam mana nak order x-ray?,”tanya kak Som, jururawat wad orthopedic. Kulantas membuka computer dan mengajarnya. Hampir 20 jam kerja sehari waktu tagging, pendek kata segala selok belok computer ni dah habis discover. Orang yang tak biasa guna computer memang refer aku la. Huhuhu.  Hospital should pay my salary double~

“Pak cik dah makan?”tanyaku lembut.

“Udah, kaki je sakit, selera tak,”jawabnya berseloroh. Aku tersenyum. Kaki pak cik Hasan ni ada infected implant on left femur. Bernanah waktu tiba di hospital, dihantar anaknya, Kak ita. Di situlah aku mula-mula kenal kak ita ni. Sedang sibuk menyoal complete medical history, aku terus bertanya,”Pak cik ada anak berapa?”

“Empat,”jawabnya perlahan.

 “Anak tiri tak kira sekali ke?,” sampuk kak ita. Pak cik Hasan yang terlantar sakit kaki diam. Mukanya acuh tak acuh, tak tahu nak jawab ke tak soalan tadi. Aku sabar menanti reaksi.

“8, 4 anak kandung, 4 lagi anak tiri,”akhirnya terjawab. Kak ita tersenyum kelat.  Aku diam. Otakku ligat memikirkan sebab-sebab beliau teragak-agak untuk jawab soalan tadi. Aku juga ada adik-beradik tiri tapi baik mama atau abah kalau orang tanya berapa anak, terus jawab 5 (termasuk adik beradik tiri). Tak pernah teragak-agak pun. Pak cik ni lain pula ceritanya. Perkara negatif terlintas di fikiran namun kudiam tak bersuara. Perbualan tamat di situ.

“Dr Faizal, telefon,”kata jururawat di kaunter. Kuangkat gagal telefon.

“Assalamualaikum, selamat petang, Dr Faizal bercakap.”

“Selamat petang saya dari syarikat insuran ****. Kami ingin pengesahan doctor berkenaan pesakit bernama Hasan,”jawab seorang lelaki.

“Boleh saya tahu siapa yang bercakap? Urusan pesakit adalah medicolegal. Kami tak boleh maklumkan apa-apa,”jawabku bengang, aku memang benci dapat panggilan daripada syarikat insuran ni.

“Bukan doctor, anak pesakit, Marsitah binti Hasan ada failkan claim insuran kepada kami berkenaan penyakit ayahnya. Beliau membuat tuntutan RM 150 000. Kami memerlukan beberapa dokumen dan pengesahan daripada doctor untuk memudahkan urusan,”kata agen insuran tersebut.

Aku tidak berniat untuk memanjangkan perbualan. Kusuruh beliau menghubungi Consultant secara terus. Tak ingin terlibat dalam entah apa-apa benda macam ni. Biar disergah pula oleh Consultant.

Kusapu punggung dan terus berjalan menuju ke katil pak cik Hasan. Beliau sedang tidur. Tak sampai hati nak kejutkan. Kumatikan niat di situ dan terus menyambung kerja dengan seribu-satu persoalan.

Aku mendengus. Dihantar ayahnya ke hospital, berminggu-minggu tak dijenguk. Ingat hospital ni rumah kebajikan ke? Tahu-tahu dapat call minta claim insuran ayahnya RM 150 000. Insuran tu tak salah, tapi ambillah berat pasal ayah ni. Ini sebiji roti pun tak mampu beli untuk ayah. Anak ada 8 tapi yang lain tak pernah call pun apabila ayahnya masuk hospital.

Entah mana silapnya. Silap ayah dan ibu yang salah asuh ke sampai anak-anak tak suka dan tak nak ambil tahu pasal mereka? Ke silap anak yang ignorant, tak tahu dosa pahala, mana syurga mana neraka, ayah sendiri masuk hospital, telefon pun tidak. Geram dibuatnya.

“Bahagian masing-masing,”kataku sendirian memujuk hati. Kulontarkan pandangan pada seorang lelaki berumur 30-am yang sedang menyuap ayahnya makan. Tersentuh hati melihatnya.

Didiklah ahli keluarga dengan didikan agama. Kerana jalan itu yang menyelamatkan manusia.
Jangan dibiarkan berperangai Pontianak, tahu nak hisap darah orang lain aje!


Nak Terjun Tingkap!


PhotobucketAssalamualaikum. Eh kak, kenapa tu?

DOKTOR, TOLONG DOKTOR ! PATIENT NI NAK TERJUN TINGKAP!

Kus semangat! Berdegup kencang jantungku. Apahal pulak ni? Ku berlari ke arah tingkap dan ingin terjun bersama  terus memegang tangan kiri pesakit yang sedang memegang tingkap. 2 orang staff nurse memaut erat tubuh pakcik ini sambil makan kuih.

“Pakcik baring kat atas katil ni. Nurse jaga kejap. Saya nak call PSY (psychiatrist)on call.”kataku sambil berlari-lari anak ke arah telefon. Beberapa kelibat manusia lantas datang ke arah tingkap dan memindahkan pesakit ke katil dengan pengawasan.

Pagi ini tak seperti biasa. Pesakit bernama Othman ini baru sahaja dimasukkan ke wad ortopedik daripada Jabatan Kecemasan malam tadi. Aku yang baru datang kerja subuh pagi itu terpinga-pinga memerhati apa yang berlaku.

Kulantas mencari BHT katil 26 dan membaca progess note pesakit tadi dari dalam computer. Cervical injury (kecederaan tulang leher). Pesakit ini telah menggantung dirinya dengan menggunakan dawai besi dalam percubaan kedua membunuh diri.  Beliau ditemui tergantung oleh anak beliau lantas dibawa ke hospital berdekatan bersama pihak polis.

“Pendeknya medical history pesakit ni,”desusku dalam hati. X-ray kuperhati, tiada patah yang nyata. Saraf masih selamat.

“Pakcik, pak cik kenapa ni sampai nak terjun tingkap?,” tuturku perlahan. Khuatir sebarang perbicaraan yang tidak munasabah akan mengundang musibah. Kututup rapat mulut. Buka bila perlu.

Urat tua di muka pakcik Othman ini jelas. Kelopak matanya agak bengkak. Susuk tubuhnya kurus, seperti tidak berisi. Nafasnya perlahan.

“Pakcik.....”sapaku , was was. Sunyi. Aku sabar menanti respons.

“Pakcik berdosa. Sepanjang hidup pakcik berdosa. Dulu pakcik kerja dengan kastam, pakcik ambil rasuah. 4 bot haram datang, 2 bot pakcik tahan, 2 bot lagi pakcik ambil. Kerja dengan timbalan PM macam-macam rasuah ada depan mata. Arak pakcik minum. Apabila kerja dengan imigresen lagi banyak orang ambil rasuah, pakcik berdosa doctor. Pakcik dah tak tahan lagi menanggung dosa di umur tua ni. Biarlah pakcik mati,”sebak pakcik Othman. Dirinya terpaku duduk atas katil dengan tangan terikat di pagar katil hospital.

“Pakcik tak boleh bunuh diri. Pakcik kena ingat Allah. Allah bagi pakcik umur panjang supaya ada kesempatan pakcik bertaubat. Bunuh diri berdosa besar pakcik,”jawabku dalam 4 ayat. Beliau sugul membisu di atas katil. Pesakit di katil lain memerhati tanpa bersuara. Telinga terpasang. Detik jam boleh didengar dek senyapnya wad.

“Pakcik nak mati! Pak cik tak tahan. Semua menteri pakcik dah kerja. Semuanya banyak dosa,”jelas beliau. Aku senyap. Bertubi-tubi taakulan menjengah pemikiran. Antara percaya atau tidak.
Kubangkit lantas mencapai buku nota di kocek. Pena di sisi kugapai perlahan lantas mencoret......

“Delusion of grandiosity, persistent loss of hope with several suicide attempts. No aggressive behaviour. Symptom of Major Depression associated with Schizophrenia tro (to rule out) Bipolar- refer PSY (psychiatrist) now”
(tutup buku)

Panggilan dibuat. Psychiatrist yang bertugas pada hari itu telah dihubungi. Belum sempat gagang diletakkan, dua kelibat wanita hadir dan duduk di sebelah katil pakcik Othman. Seorang badan agak gempal, bertudung, berumur kira-kira 40-an barangkali. Seorang lagi wanita berbadan kecil, muda dan tidak bertudung. Iras-iras orang Indonesia.

Kulekas letak gagang telefon dan berjalan menuju ke arah mereka. “Puan  ni isteri pesakit ke?”
Angguk beliau dalam raut muka yang sukar dibaca.

“Boleh ikut saya sebentar?” soalku dalam senyuman. Wanita tadi lantas kubawa masuk ke pejabat Medical Officer dan kupersilakan duduk. Wanita ini menarik sebuah kerusi berhampiran dan duduk dengan sopan di hadapan meja computer.

Belum sempat kubuka mulut untuk mengorak perbualan, tiba-tiba terpacul ayat ini daripada mulut Kak Salmah....

“Saya minta tolong doctor jangan bagi suami saya balik. Tahan dia di sini selama-lamanya,” tutur puan ini dalam sebak. Matanya penuh dengan sinar harapan. Kelopak matanya ditutup. Aliran air mata berjuraian di sebalik kedut-kedut ketuaan.

Aku kaget. Kenapa pula dia suruh tahan suami dia ni? Apa yang suami dia lakukan? Kotak fikiranku ligat berfungsi. Haih, pelik !

“Kenapa ni puan? Itu kan suami puan?” tuturku dalam nada monotonous. Tidak ingin menunjukkan sebarang reaksi yang membantutkan perbualan kami.

“Suami saya bela orang gila, sebab itu dia jadi gila!”bentaknya tiba-tiba. Amuknya tak disangka. Rentaknya sukar dibaca.

Aku lagi sekali hairan. Tak tahu hujung pangkal cerita. “Puan, boleh ceritakan pada saya sekiranya tidak keberatan? Kita sedang bercakap tentang suami puan.”

“Benar, tuan doctor. Saya isteri kedua Othman. Saya orang seberang. Dia tidak tinggal dengan isteri pertama. Isteri pertamanya ada di KL. Anaknya dengan isteri pertama ada 7 orang. Dengan saya ada 5 orang. Seorang daripada anak isteri pertamanya gila. Dibawa tinggal bersama dia di Pahang ini. Sekarang suami saya sudah jadi gila. Dia berubah sejak 2 tahun lalu. 5 orang anak saya yang kecil-kecil dirampasnya dari saya dan dibawa tinggal di dalam hutan bersama anaknya yang gila itu.”jelas Kak Salmah dalam nada geram berbaur sedih.

“Hari-hari anak-anak kecil saya dipukul, disepak, diterajang. Anaknya yang gila itu lebih dasyat, nyaris disembelih anak saya yang paling kecil itu bulan lepas. Othman itu dah gertak saya sekiranya ambil anak-anak, dia akan bunuh saya dengan parang. Dirumahnya sentiasa ada parang, diasah parang hari-hari. Kalau doctor tak percaya doctor boleh ikut saya sekarang. Anak-anak takut ingin lari. Anak yang tua saya pesan suruh lari tapi dia enggan kerana kasihan pada adiknya yang kecil. Teruk dipukul hari-hari.


 Itu hari saya ambil anak saya apabila dia tiada di pondok buruk dalam hutan, dia datang cari saya di gerai dan di pukulnya saya sampai patah tulang belakang, calar-balar muka, doctor tengok ini! (sambil menunjukkan parut). Sampai sekarang saya tidak boleh duduk dengan betul, belakang saya sakit. Saya masuk hospital apabila dibelasah hampir mati. Dia pukul anak-anak saya di rumah saya separuh mati. Orang gaji saya yang ada di luar itulah yang pergi telefon polis buat laporan. Kalau tiada dia, anak-anak saya sudah mati,” tuturnya dalam tangisan. Berlinangan air mata.

Aku terkesima mendengar cerita puan ini.

“Anak-anak puan umur berapa? Kenapa saya lihat Encik Othman tidak agresif seperti yang puan katakan?,”tanyaku ingin mendapat kepastian.

“Anak saya umur 15 tahun, 13 tahun, 10 tahun, 6 tahun dan 5 tahun yang paling kecil. Othman itu memang begitu. Kadangkala dia agresif pukul semua orang, sepak terajang. Menjerit-jerit macam orang “high” ambil dadah. Ada masa dia murung sahaja macam sekarang. Buka mulut pun susah. Saya dah tak boleh baca sikap dia. Dia tidak sioman lagi seperti dulu,”katanya.

Aku mengangguk. Tenang mendengar keluhan si isteri. Perbualan panjang ini mengambil masa 2 jam. Semua laporan polis sebelum ini yang dibawa kutatap satu persatu.

“Saya akan buat laporan tahap kesihatan suami puan. Apa yang puan ceritakan akan saya rekodkan. Saya akan cuba apa termampu,”kataku ringkas.

Kak Salmah mengucapkan terima kasih dan berlalu keluar. Walaupun si suami menyeksa dirinya dan anak-anak, dia tidak sanggup untuk membiarkan suaminya bersendirian di wad. Kukagumi sikapnya dalam seribu satu tanda tanya.

Mak aih, ini kes besar! Ada yang akan hilang nyawa sekiranya tiada tindakan diambil. Aku diam. Otak ligat merancang sesuatu.

“Selamat pagi Dr Rosman, Dr Faizal dari wad Ortopedik bercakap. Berkenaan pesakit yang saya rujuk pagi tadi tu, saya dah dokumen semua history yang saya dapat daripada ahli-ahli keluarga pesakit. Saya harap doctor boleh tengok keadaan pesakit dan inform kami untuk tindakan lanjut,”jelasku ringkas. Telefon kuletakkan setelah perbualan tamat.

Kutarik nafas lega.Cepatlah pergi psy (wad psikiatri) huhuhuhu. Kalau dia bunuh diri dalam wad ortopedik ni teruk kami kena menjawab, insiden reporting dan macam-macam lagi. Ni semua yang aku tak sanggup nak buat.

Seketika,

Teet tet.....teet tet......teet tet (keluar nombor doctor pakar)

“Selamat pagi Faizal. Saya dah baca laporan awak dari klinik. Terus transfer patient Othman ke PSY sekarang yer,”jelas doctor pakar ortopedik. Aku rasa tak sampai 10 minit aku buat laporan tu di wad, doctor pakar dah review di klinik pakar. Sungguh techno specialist saya ni. Huhuhu

Kulantas arahkan jururawat yang bertugas tolak pesakit ke wad PSY. CASE CLOSED.

“Family requests for permanent retention”-itulah ayat terakhir dalam laporan yang kutulis. At least dengan tindakan ini tak ada orang yang bunuh diri dari wad ortopedik ni lantas menambah statistic mortality lantas mengundang seribu satu masalah yang akan menyusahkan semua pihak. Adus!

Psychiatrist on demand!

__________________________________________________________________________________

“Bang, nah pizza, malam tadi nak sangat,” tuturku pada abang Rahman. Senyum manis terus dia pagi tu.

“Jom aa makan sekali, aku ada cerita nak bagitahu ni,”tuturnya selamba, tak macam orang sakit pun. Huhu

“Specialist tengah round ni, dah habis nanti saya teman abang k,”tuturku lembut. Abang Rahman ni masuk hospital sebab nak buang besi kat dalam lutut dia ajer. Rancangan awalnya pembedahan itu esok. Selain tu dia tak ada apa-apa sakit pun. Lepas berjalan ke hulu ke hilir, kacau aku buat kerja, ajak tengok tv, borak, main FIFA sekali kat laptop dia. Kah kah. Dia bosan. Isterinya kerja. Lagipun sekepala dengan aku. Memang kamcing aaa dalam wad tu.

Aku pun berjalan terus ke aras Acute cubicle untuk buat round dengan doctor pakar. Kira-kira 10 orang lembaga putih berkerumun di depan katil pesakit. Seorang bercakap, yang lain mendengar. Masuk ke tidak maklumat ke dalam kepala masing-masing wallahualam. Tegang urat kaki berdiri lama Boleh kena varicose vein !

Satu jam kemudian.....

“Siapa doctor yang rawat anak saya??? Siapa? (seorangwanita berdiri di tengah-tengah wad sambil menuding jari dengan suara yang tinggi)

Seorang doctor India wanita tampil. “Selamat pagi, ada apa puan?” tanyanya berhemah.

“Tangan anak saya dah bengkak dah. Doktor tahu pasang jarum ke tidak???” Seorang perempuan 50-an menjerit-jerit di tengah-tengah wad macam orang gila. Gaya berpakaian macam datin. Masuk tak bagi salam terus menjerit.

 “Biarlah, doctor tu nak belajar,bengkak sikit ajer, eloklah nanti tu, ”kata suaminya yang berdiri di sebelah. Muka cool.

“Mana boleh biar-biar! Ingat anak kita ni barang eksperimen ke???? Lain kali jangan pandai-pandai doctor nak pasang jarum kat anak saya. Biar doctor pakar tu yang buat! Saya tak akan biar. Kita saman ajer hospital ini!” sergahnya bongkak. 5 minit kemudian terus berlalu keluar dengan angkuh. Pintu wad dihempasnya.

Aku dah naik meluat tahap maksima. Aku rasa nak cekik datin tu sampai mati pun ada. Kawan aku yang ada di depannya macam orang bodoh dibuatnya. Kesian doctor tu. Tak pasal-pasal kena marah dek orang gila tu.
Aku yang terdengar jeritan orang gila tu naik geram. Terus aku masuk bilik abang Rahman. Abang Rahman senyum kelat. Dia buat isyarat jangan layan mak dia. Lepas tu buat isyarat yang mak dia kepala tak betul. Huhuhu

Aku geram betul. Kalau aku la yang kena tadi, aku rasa aku hilang sabar dan terus maki ajer datin gila tu balik. Kawan-kawan aku kata kalau ada keluarga pesakit macam tu jangan lawan. Minta maaf dan terus berlalu.

Tapi aku tetap nak cakap kat sini...kalau datin tu baca biar padan dengan muka. Aku peduli apa.

“Woi orang tua, anakkau tu dah masuk hospital seminggu dah baru hari ni kau datang. Kalau jarum tu tersumbat dan bengkak, itu perkara biasa. Jarum tu masuk salur darah. Darah kita ni membeku. Kalau darah dalam jarum tu membeku itu perkara biasa la. Lagipun anak kau tu ambil antibiotic yang memang menyumbatkan jarum tu dengan cepat (metronidazole). So kalau tersumbat waktu nak bagi ubat pagi tadi dan bengkak, kami kenalah masukkan jarum baru. Bengkak tu lama-lama oklah, bukannya anak kau hilang nyawa pun sebab jarum bodoh tu. Dia siap makan pizza lagi aku belanja. Tak mengeluh pun.

Ini bengkak sikit dah macam ayam riuh sekampung. Orang lain yang masuk wad ni tak ada bising-bising macam orang gila ni. Nak suruh doctor pakar masukkan jarum pulak. Banyak lagi benda lain dia boleh buat daripada terhegeh-hegeh nak masukkan jarum kat tangan anak kau tu. Doktor yang masukkan jarum dah kira bertuah dah. Kalau banyak duit sangat anak tu tak boleh disentuh, bawalah anak tu private hospital. Private hospital nurse yang masukkan jarum ok. Baru padan muka. Kita tengok bengkak ke tak bengkak.”

Dah. Aku tengah keliru sekarang ni siapa yang sebenarnya gila. Othman ke? bini dia ke? datin tu k?, ke aku?
-again, psychiatrist on demand-

Sakaratul maut



Photobucket
“Abang ada sesak nafas hari ni?”tanyaku mesra. Mata ptosis dah (kelopak mata jatuh-ngantuk)

“Sesak nafas tak ada, batuk kuat ajer, tak dapat tidur dibuatnya,”jelas abang Harun.

Aku senyum. Paru-paru masih penuh dengan jangkitan. Berair-air. Cuba ambil sehelai kertas dan konyot. Begitulah bunyi yang keluar dari stetoskop ini- crepitation. Salur putih nasal prong menyumbat kedua-dua lubang hidungnya dengan oksigen. Pesakit stabil. Ku mengorak langkah ke pantry. Haus sangat rasanya. Kering dah tekak ni.

Gulp, Alhamdulillah! Sedap betul air 100 plus ni. Beli sebelum subuh tadi, kerja, petang baru sempat minum. Banyak sangat urusan dunia , hal ehwal merawat manusia yang perlu diuruskan secara jujur dan hati-hati, sampai makan minum pun dah kucar-kacir.

 Kugapai beg sandang coklatku. Eh, ada newspaper rupanya dalam beg ni !  Tarikh 24 September. Hari ni dah 26. Hmm, tak sempat baca lagi. Simpan dululah. Ada masa nanti baru baca.

Begitulah rutin harian sampai melambak-lambak surat khabar lama kat rumah yang dibeli tanpa dibaca. Waktu beli tu memang semangat nak baca, apabila dah sibuk kerja, entah bilalah nak baca. Buku medic pun tak sempat habis !

“ Doctor Faizal, ada patient asystole ! (tiada degupan jantung),” jerit nurse ke dalam bilik pantry. Kulantas segera bangkit, meletakkan tin minuman di atas meja lantas menghayun kaki keluar dari bilik pantry dengan tergesa-gesa.

“Ya, Allah jauhkan wad ini daripada malaikat maut,” itulah antara ayat yang terpacul keluar dari mulut tanpa sedar. Pintu bilik pantry kukuak. Dentuman pintu di belakang tak kuhirau.

“Katil berapa kak?,”

“ katil 2,nenek Jah, nak inform sesiapa tak?”tanyanya pantas.
                                
“Tolong call dr Leong, suruh dia datang cepat. Inform MO second call, Dr Rama kan? Saya nak Intubation set sekarang,bawa ke katil 2. ETT Saiz 7.5,”arahku dalam kalut. Lab coat putih kucampak ke atas kaunter. Nanti dah settle kukemas balik, desusku.

“Puan, encik, minta maaf banyak-banyak. Boleh duduk di luar dahulu, kami nak selamatkan nenek ni dahulu,"pesanku pada ahli keluarga yang cemas.

Kuterus tarik langsir menutup sekeliling katil. Jururawat-jururawat turut sama membantu. Aku tak pedulikan apa-apa respons daripada ahli keluarga. Nak menangis ke, nak melolong ke, nak merengek ke, yang penting duduk luar. Aku nak buat bantuan pernafasan sekarang ni (CPR).

Langsir ditutup, ada yang cuba membuka.

“Minta maaf, tolong duduk luar sekejap, saya nak selamatkan nyawa nenek ni. Saya tak nak gangguan,”kataku tanpa intonasi namun volume suara agak tinggi. Jelas. Mustahil tak dengar.

Mataku lekas melekat di cardiac monitor. Cardiac monitoring linear, Kadang-kadang baru degupan jantung kembali naik. Tak konsistent. Seorang jururawat yang bersarung tangan sedang menekan dada nenek ini. Keringatnya meleleh. Basah dahi.

“Saya  nak ETT size 7.5, kak, tolong buka lampu kat pangkal katil. Turunkan tempat sandar katil ni, biar katil flat. Tarik katil keluar sikit, saya nak mencelah kat dinding. Bagi Adrenaline 1 mcg,then  atropine 1mcg stat,”arahku monotonous. Jururawat-jururawat ni semua dah mahir dah. Tak payah suruh pun mereka akan tanya doctor, perlu bagi sekarang ke ubat-ubat itu atau tidak. Hari-hari ada orang mati dalam wad. Dah biasa.

Mata kuperiksa dengan lampu suluh. Fixed dilated pupil. Otak dah mati.

Kak Ros yang sedang meng”ambu” melalui oropharyngeal tube kuminta ketepi. Leher pesakit kuextend. Rahang mulut kutekan dari tepi untuk meluaskan bukaan mulut. Kulekas cabut oropharyngeal tube, capai laryngoscope,  ETT tube dan masukkan ke celahan peti suara pesakit apabila terzahir di mata kasar dengan bantuan cahaya daripada laryngoscope  dalam kelam tekak seorang manusia.

Photobucket

“Equal?,”tanyaku pantas kepada seorang jururawat yang sedang memeriksa paru-paru dengan menggunakan stethoscope.

“Tak pastilah doctor, doctor cuba dengar,”tuturnya perlahan.

"Tolong ambu kejap".

 Kugapai stethoscope biru yang tergantung di leherku sepanjang hari dan terus menekapnya di dada kanan dan kiri.

Transmitted sound. Equal.

"Biar saya sambung,"pintaku sopan. Kak ros lantas mengalih pungguhnya dan membiarkanku melompat ke atas katil dan terus menekan dada nenek Jah dengan kuat.

"Faizal, perlahan sikit,"tiba-tiba suara mencelah.
"Perlahan? speed ke amplitude?,"jawabku selamba.

"Amplitude la, hemothorax pulak nenek ni nanti,"tutur Dr Rama yang muncul di sisi katil entah bila. Aku tak perasan.

Nenek Jah tersadai di atas katil. Dadanya berombak tatkala kami cuba mengepam jantungnya secara manual. Mulut terkunci, Endotracheal tube menyumbat. Mata terpejam. Tak lagi terbuka. Badannya tidak bergerak seolah-olah pasrah.

Pasrah terhadap kehidupan dunia.
Pasrah terhadap malaikat yang ingin mencabut nyawa.
Pasrah terhadap janji Allah tentang kematian, yang takkan ditunda
Pasrah terhadap doktor-doktor yang mencuba memanjang nyawa, tanggungjawab seorang manusia.

Aku senyap.  Air mata mengalir dari kelopak mata nek jah yang tertutup.

"Mak, bangunlah mak. Kami nak jumpa mak,"suatu suara wanita terdengar di sebalik langsir. Sebak. Tangisan sebagai muzik background.

"Dr Rama, boleh tolong cpr?,"pintaku sopan. Beliau mengangguk tanpa banyak bicara.
"makcik mengucap makcik. La ilaha illallah."
"La ilaha illallah"

kalimat agung ini kubisik di telinga kanan. Mulutku tak lebih  5 cm dari cuping telinga Nenek Jah barangkali.

"Mengucap nek. Lailaha illallah."

"La ilaha illallah."

"La ilaha illallah."

Cardiac monitoring linear. Tiada degupan jantung dirakam walau jantung dipam secara manual dengan tangan-tangan kami.

Dr Rama terduduk di atas katil. Tangan kiri diangkat. Jam tangan diperhati.

Dah lebih setengah jam. Tiada response. Kita berhenti di sini. Time of death 5.30 pm.

Aku mengangguk. Tiada emosi. Bidang perubatan telah menyedut segala emosi ketika berhadapan dengan situasi begini. Memang dilatih begini.

Sekujur tubuh hanya tinggal tubuh. Kakinya yang sejuk pada mulanya, kini keseluruhan tubuh. Tiada lagi suara nenek Jah yang mampu didengar. Tiada lagi nenek Jah yang sanggup meminjamkan telinganya untuk mendengar segala keluhan kerja yang menyesakkan diri. Tubuh hanya tinggal tubuh. Bersedia untuk bersemadi. Janji Allah itu pasti.

Kusedekahkan al-fatihah buat arwah. Berdiri kaku di sisi katil.

"Faizal, declare to the family,"pesan Dr Rama. Ku mengangguk lemah.
Sedang ingin berjalan keluar sambil menyelak langsir untuk berhadapan ahli keluarga, tiba-tiba.......................................................................................................................................................

"Doktor,katik 25 SOB (shortness of breath, sesak nafas),"jerit staff nurse.

Katil 25? eh, tu abang Harun kan? tertujah-tujah soalan di benak.
Belum sempat declare, ku terus berlari ke bilik isolation.

Langsir telah ditarik. Beberapa pasang kaki putih terlihat dari luar di bawah langsir yang tergantung.

Kulekas masuk. Abang Harun umpama ikan di daratan. Tercungap-cungap. Matanya terbuka dan tertutup.

"Intubation set right now,"arahku pantas.

Adik-adik pelajar jururawat berlari keluar. Cuak, mungkin pertama kali berhadapan keadaan sebegini.

"Mak,panas mak! aaaaaaaahhhhhhh,"tutur abang harun tercungap-cungap. Nafas ditarik panjang. Matanya merah.

"Sabar nak, doktor ada ni nak tolong,"pujuk ibunya dalam tangisan.

Panas mak, panas !
aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh

Abang tttak tahann!
aaaaaaaaaaaaaahhhh

Aku segera menyiapkan perkakas di atas troli emergency. suara abang Harun menghirup saki baki udara sungguh menggerunkan.

Kakinya tak duduk diam, merah  padam. Hemorrhagic blister dah sebesar 10 cm diameter di atas kedua-dua betis.

"Doktor saya ambil ETT (endotracheal tube) kejap. Kat troli ni dah habis, guna kat nenek jah tadi,"pesan jururawat.

"Dah pergi cepat. Inform anaest for intubation sekali,"pesanku. Dr Rama segera mencelah masuk.

Kubiarkan beliau sahaja memberi arahan. Beliau lebih arif. Kedua-dua tangan abang Harun kupegang kuat. Pesakit ini aggresif.

"Bang, bawa mengucap bang. Ingat Allah,La ilaha illallah.La ilaha illallah."

Badannya umpama disalai hidup-hidup. Tak berhenti bergerak. Matanya terbeliak menahan pedih, tangan dipegang. Kaki terikat di hujung katil.

"Mengucap nak, mengucap,"jerit si ibu sebak. Air mata umpama air terjun. Entah ke mana limpahnya, entah di mana empangnya.

Sakit mak!!!!!!!!!!!! jerit  abang Harun kuat. Nafasnya ditarik panjang. Lidahnya terjelir keluar. Tekaknya berbunyi, berdiri bulu romaku.

Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttt. Cardiac monitoring kupandang- asystole!

"Minta maaf makcik, kami nak beri bantuan kecemasan," pesan Dr Rama. Kusegera melompat ke atas katil. Dada abang harun kehenyak kuat. Jantung dipam dengan tangan.

"Huuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhuuuu. Ya allah,ambillah nyawa aku, jangan ambil nyawa anakku! Ambillah nyawa aku!"jerit ibu tunggal ini. Tangan tak dilepas dari tubuh abang Harun.

Staff nurse segera memegang ibunya untuk dibawa keluar. Susah payah dibuatnya. Sudah berumur, entah mana datang kudrat itu. Tangan tak terlepas dari bucu katil.

Dr Rama segera intubate pesakit (masukkan tube ke dalam kerongkong). Susah, yang dilihat hanya darah.

"Jangan tinggalkan mak nak! Jangan tinggalkan mak! Ambil nyawa aku Allah. Biar dia hidup ya Allah ! Aku mohon pada engkau Allah ! Jangan seksa anak aku begini !" jerit si ibu seolah-olah hilang akal.

"Bangun bang, tengok mak nak,"
"bangun bang...
"Bang......... (jatuh pengsan)

Teeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

Begitulah bunyi cardiac monitoring tatkala diisytihar kematian. Sakaratul maut yang diperhati di depan mata terbawa-bawa ke tidur.Pesakit tersenyum dan menyapa doktor di kala pagi, tidak lagi bersuara menjelang dinihari. Umur muda tak menjanjikan hidup lama. Niat di hati ingin mengucap kalimah suci di saat akhir, namun berapa pesakitkah yang kudengar mengucap kalimah suci ini di akhir usia?- tiada-

suaranya mungkin kuat menggertak pekerja,
nanti suaranya juga mungkin kuat merayu sebagai hamba

Perangainya mungkin lincah mengikat manusia dengan janji durjana.
nanti perangainya juga mungkin lincah di atas katil, namun terikat tidak bermaya

Tekaknya mungkin basah dengan arak yang dituntung ketika usia
Nanti tekaknya juga mungkin basah dengan darah, rentung , nafasnya sia-sia

Dadanya mungkin jelita dipasak silicon, menggiurkan pemuda gila
Nanti dada siliconnyanya mungkin pecah, penyet, busuk ditekan doktor, tatkala bantuan kecemasan bermula

Mulutnya mungkin liar mencium pemuda atau gadis kota
Nanti mulutnya juga mungkin liar mencium dan menghirup saki baki udara, di saat roh menjauh , badan terkebil-kebil menanti neraka.

Nauzubillahi minzalik.

(Sebagai renungan- abang Harun (bukan nama sebenar) hanya berusia 27 tahun, HIV  positif, Hepatitis B dan C positif, transgendered with breast implant. Meninggal dunia dalam keadaan terseksa yang sebenarnya sukar digambarkan dalam bentuk kata-kata dalam tulisan ini. Seburuk-buruk manusia , dia masih anak- begitulah prinsip seorang ibu, membela anaknya tatkala derita kesakitan walau ahli keluarga lain membuang anaknya itu dari pandangan mata, dek kerana marah dan tidak mendengar kata. Kembalilah ke pangkal jalan, jangan menyeksa diri anda dan keluarga anda untuk kegembiraan yang sementara dan sia-sia)

Tolong sebarkan artikel ini sekiranya difikirkan bermanfaat.