Wednesday 11 April 2012

Buah Kundang



Buah kundang ataupun buah remia ataupun buah setaq adalah buah yang sama cuma daerah tertentu menyebutnya berbagai nama yang lain.

Semasa muda buah kundang sedap dibuat sambal ataupun jeruk. Untuk buat sambal buah kundang dibelah dua atau empat mengikut kesuaian memasak, dan jangan lupa membuang bijinya yang berwarna jingga itu, semantara campuran-campurannya ialah cili api, cili merah dan sedikit belacan.

Untuk buat jeruk pula cukup belah dua sahaja dan selepas dibasuh rendamlah dengan air jeruk sehingga ia cukup sesuai dimakan sebagai jeruk. Mudah jer kan?



Rasa-rasanya biji buah kundang ini mesti ada gunanya, kalau tidak takkan warnanya jingga, yakni warna yang cantek dan menawan. Dalam banyak-banyak buah-buahan pula cuma buah kundang inilah yang mempunyai biji warna jingga. Minta-minta suatu hari nanti ada pakar penyelidikan perubatan menemui sesuatu yang memberi munafa'at kepada manusia yang ditemukan dalam biji buah kundang ini.

0 comments:

Post a Comment